Friday, 27 July 2012

Tom Yam Ikan Siakap

Ini menu kegemaran keluargaku. Kali pertama makan kat sebuah kedai makan ala thai. Sedap sangat. Pas tu, bincang-bincang ngan kawan-kawan tentang kesedapannya.... tiba2 ada geng yang kata... aku pandai!!. hah?? cepat2 aku ambik pen dan kertas. Hingga ke hari ini dah berkali2 aku masakkana tanpa jemu. Diratah pun sodappp.


Tom Yam Ikan Siakap
p/s ikan2 lain yang seangkatan pun sedap.

1/2 kg ikan siakap diibersih dan potong dadu anggaran 1.5 x1.5 inci
5 batang serai dihiris hingga ke bahagian hijau
5 ulas bawang putih
1 labu besaaar bawang besar
7 helai daun limau purut
sehiris lengkuas
2 biji tomato potong 4
7 biji cili marang dihiris
2 rempah tom yam putih ( kalau suka, aku suka...)
cendawan tiram
3 tangkai daun ketumbar dihiris
1 liter air

Cara:
1. tumis bawang putih guna api besar hingga perang, masukkan bawang besar, serai dan lengkuas.
2. masukkan air, tomato, rempah tom yam. Renih lama sikit agar rasanya benar2 mesra.
3. masukkan ikan, perlahankan api.
4. renih ikan lebih kurang 10 minit, masukkan cendawan.
5. Setelah cendawan masak, masukkan lada dan daun limau purut. Tutup api segera.
6. hidangkan panas2 dan masukkan hirisan daun ketumbar.



Sunday, 15 July 2012

Celur-celu yang Lazat

Aku sengaja kopi kan entri chef azli ni. Bukannya nak cedok or ciplak... tapi nak buat ingatan agar mudah aku membuatnya. Oh yea, aku dah cuba resepi nis pada keesokan selepas resepi keluar utusan. Amboi menjadi... rasanya sedap dan menjadi pujian sekeluarga. Bangga aku!!
Terima kasih chef.
Ha.. post kali nih saya akan kongsikan resipi celur2 seperti apa yang telah saya janjikan sebelum nih . Mak saya kata janji kena kotakan? kalau tak kotakan janji dia suwuh pi kota Bharu! atau Kotaraya! hehe jadi saya shesharekan lah resipi nih kepada semua pembaca! Sebelum ni saya dah cita panjang2 dahhh pasal makanan nih tau! kalau nak baca apa yang saya merapukan sebelum nih klik ajalah kat sini . Kat situ korang leh tau cita pasal celur2 nih kenapa dia panggil celur2 dengan nama celur2 dan sebagainya! Ada tip2 lagi ok! alah tak yah cita panjang2 lah perut pun dah lapar nih apa kata kita layan celur2 yang dah saya composekan di Utusan Hari ini!  Di sini saya kongsikan juga gambar saya menikmati celur2 nh dengan tokeh kedai dia! Terima kasih juga kepada Chef Ady kerana bermurah hati berkongsi resipi sos celuq2 nih! Adios!
CELUR-CELUR (Celuq-celuq) 
Bahan-bahan
2 dozen celur-celur
 ( Pilihan makanan terproses untuk dicucuk adalah mengikut kesukaanmasing-masing)
Bahan sos  Hitam manis
10 sudu makan kicap karamel pekat
5 sudu makan petis udang
100gm gula merah
2 sudu makan cuka putih
2 sudu makan kacang tumbuk
1 sudu makan biji bijan
Secukup rasa garam


Bahan sos Merah Pedas
15 tangkai cili kering -dimesin halus
3 sudu makan cuka putih
60gm gula pasir
5 sudu makan sos cili
Secukup rasa garam
Cara membuat
  1. Untuk Sos Hitam Manis : Masakkan Kicap, petis udang gula merah dan cuka dalam periuk sampai pekat. Kemudian masukkan kacang tumbuk, bijan. Perasakan dengan garam.
  2. Untuk Sos Merah Pedas: Campurkan semua bahan dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam.
  3. Celurkan dahulu celur-celur/makanan skewer dan kemudian makan bersama kedua-kedua sos ini.


Wednesday, 18 April 2012

Sagu Santan Gula Melaka

Bahan-bahan ( 6 bekas )

1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan
2/3 cawan gula pasir

pati santan:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam 
 
Air Gula Melaka
tiga keping dimasak dgn 3 cawan air.

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
  2. Masukkan sagu, air, tepung jagung dan air pandan ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
  3. Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan sagu menjadi jernih.
  4. Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
  5. Cara2 utk membuat pati santan:

Saturday, 14 April 2012

Apam Balik Kak Ina



by kak ina kl on Rabu, Disember 31, 2008

ambik dari rumah akak ni...bolehlah tu kan....


Apam Balik 

masa godeh2 terjumpa resepi pujaan nih. ai kopi paste aje dari rumah kak ina. Thank U.

http://www.kakinakl.com/2008_12_01_archive.html

by kak ina kl


Bila dah pandai buat apam balik ni..tak payahlah lagi beli kat pasar tani atau pun pasar malam...lagi best buat sendiri. Boleh bubuh inti banyak-banyak....kalau nak buat apam balik ni...se elok-eloknya gunakan kuali tak melekat....barulah lawa sikit kulit dia. Yang empunya resepi ni Ms Oreo...terima kasih ye sudi bagi resepi ni....


Bahan-bahan (boleh dapat 3 keping yang tebal)

1. 2 cawan tepung gandum

2. ½ cawan gula

3. 1 sudu teh soda bicarbonate
4. 1 sudu teh baking powder

5. Sedikit pewarna kuning

6. 1 biji telur

7. 1½ cawan air
8. Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur : 1. Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
2. Jagung dalam tin.

3. Gula halus
4. Marjerin



Cara-cara
  • Gunakan mixer ..pukul telur dan gula sehingga kembang.

  • Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

  • Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum.

  • Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

  • Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.

Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan bahan tabur diatas.Akak punya yang ni....

Yang ni anak-anak punya..

Apabila cukup masak, angkat dan lipat dua sebelum di potong. Mudahkan cara membuatnya..cubalah....

Friday, 13 April 2012

Ikan Keras Ekor Demam

aka ikan keras ekor sumbat belakang...


Duk sini diam-diam yer...
cam baby kena bedung kan?

resepi sama jer cuma kalu ni aku dapat petua agar segala sambal bawangnya tidak keluar!.
Petua tuh ialah: bungkus ikan dengan daun pandan.

Friday, 17 February 2012

Gulai Ayam Kampung Special


Bahan2:
 1 ekor ayam
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
pelaga, cengkih
2 labu bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
3 keping lengkuas dikisar
7 ulas bawang merah dibelah 4
1 sudu teh serbuk kunyit
1 inci halia dikisar
secubit belacan
1 sudu besar nyiur gula*
1/3 keping gula melaka
2 sudu besar cili giling
3 sudu besar rempah gulai
1 sudu besar rempah masak
RM3 santan @ 1 kotak kecil santan
minyak untuk tumis
air asam jawa

Cara:
1. Tumis rempah kasar hingga wangi. Masukkan cili giling, tumis hingga garing.
2. Masukkan bahan kisar, kunyit dan bawang merah. Tumis.
3. Masukkan rempah dan tumis hingga wangiii.
4. Masukkan ayam, air asam, gula melaka, nyiur gula, belacan. Renih hingga air ayam kering2.
5. Masukkan santan dll. Rasakan.



 P/s : sama gaks kalau masak gulai daging
 

Kacang Goreng Hati Pedal



Bahan2:
kacang panjang
hati pedal dihiris nipis
cili besar
bawang besar dikisar
bawang putih dikisar
cili kisar/cili boh
garam, perasa
sedikit air asam jawa

Cara:
1. Tumis cili boh, bawang2.
2. Masukkan hati pedal, air asam jawa.
3. Pabila masak hati pedal, masukkan kacang, lada, garam dan perasa.