Saturday, 14 April 2012

Apam Balik Kak Ina



by kak ina kl on Rabu, Disember 31, 2008

ambik dari rumah akak ni...bolehlah tu kan....


Apam Balik 

masa godeh2 terjumpa resepi pujaan nih. ai kopi paste aje dari rumah kak ina. Thank U.

http://www.kakinakl.com/2008_12_01_archive.html

by kak ina kl


Bila dah pandai buat apam balik ni..tak payahlah lagi beli kat pasar tani atau pun pasar malam...lagi best buat sendiri. Boleh bubuh inti banyak-banyak....kalau nak buat apam balik ni...se elok-eloknya gunakan kuali tak melekat....barulah lawa sikit kulit dia. Yang empunya resepi ni Ms Oreo...terima kasih ye sudi bagi resepi ni....


Bahan-bahan (boleh dapat 3 keping yang tebal)

1. 2 cawan tepung gandum

2. ½ cawan gula

3. 1 sudu teh soda bicarbonate
4. 1 sudu teh baking powder

5. Sedikit pewarna kuning

6. 1 biji telur

7. 1½ cawan air
8. Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur : 1. Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
2. Jagung dalam tin.

3. Gula halus
4. Marjerin



Cara-cara
  • Gunakan mixer ..pukul telur dan gula sehingga kembang.

  • Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

  • Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum.

  • Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

  • Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.

Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan bahan tabur diatas.Akak punya yang ni....

Yang ni anak-anak punya..

Apabila cukup masak, angkat dan lipat dua sebelum di potong. Mudahkan cara membuatnya..cubalah....

No comments:

Post a Comment