Sunday 15 July 2012

Celur-celu yang Lazat

Aku sengaja kopi kan entri chef azli ni. Bukannya nak cedok or ciplak... tapi nak buat ingatan agar mudah aku membuatnya. Oh yea, aku dah cuba resepi nis pada keesokan selepas resepi keluar utusan. Amboi menjadi... rasanya sedap dan menjadi pujian sekeluarga. Bangga aku!!
Terima kasih chef.
Ha.. post kali nih saya akan kongsikan resipi celur2 seperti apa yang telah saya janjikan sebelum nih . Mak saya kata janji kena kotakan? kalau tak kotakan janji dia suwuh pi kota Bharu! atau Kotaraya! hehe jadi saya shesharekan lah resipi nih kepada semua pembaca! Sebelum ni saya dah cita panjang2 dahhh pasal makanan nih tau! kalau nak baca apa yang saya merapukan sebelum nih klik ajalah kat sini . Kat situ korang leh tau cita pasal celur2 nih kenapa dia panggil celur2 dengan nama celur2 dan sebagainya! Ada tip2 lagi ok! alah tak yah cita panjang2 lah perut pun dah lapar nih apa kata kita layan celur2 yang dah saya composekan di Utusan Hari ini!  Di sini saya kongsikan juga gambar saya menikmati celur2 nh dengan tokeh kedai dia! Terima kasih juga kepada Chef Ady kerana bermurah hati berkongsi resipi sos celuq2 nih! Adios!
CELUR-CELUR (Celuq-celuq) 
Bahan-bahan
2 dozen celur-celur
 ( Pilihan makanan terproses untuk dicucuk adalah mengikut kesukaanmasing-masing)
Bahan sos  Hitam manis
10 sudu makan kicap karamel pekat
5 sudu makan petis udang
100gm gula merah
2 sudu makan cuka putih
2 sudu makan kacang tumbuk
1 sudu makan biji bijan
Secukup rasa garam


Bahan sos Merah Pedas
15 tangkai cili kering -dimesin halus
3 sudu makan cuka putih
60gm gula pasir
5 sudu makan sos cili
Secukup rasa garam
Cara membuat
  1. Untuk Sos Hitam Manis : Masakkan Kicap, petis udang gula merah dan cuka dalam periuk sampai pekat. Kemudian masukkan kacang tumbuk, bijan. Perasakan dengan garam.
  2. Untuk Sos Merah Pedas: Campurkan semua bahan dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam.
  3. Celurkan dahulu celur-celur/makanan skewer dan kemudian makan bersama kedua-kedua sos ini.


No comments:

Post a Comment