Wednesday 18 April 2012

Sagu Santan Gula Melaka

Bahan-bahan ( 6 bekas )

1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan
2/3 cawan gula pasir

pati santan:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam 
 
Air Gula Melaka
tiga keping dimasak dgn 3 cawan air.

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
  2. Masukkan sagu, air, tepung jagung dan air pandan ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
  3. Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan sagu menjadi jernih.
  4. Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
  5. Cara2 utk membuat pati santan:

Saturday 14 April 2012

Apam Balik Kak Ina



by kak ina kl on Rabu, Disember 31, 2008

ambik dari rumah akak ni...bolehlah tu kan....


Apam Balik 

masa godeh2 terjumpa resepi pujaan nih. ai kopi paste aje dari rumah kak ina. Thank U.

http://www.kakinakl.com/2008_12_01_archive.html

by kak ina kl


Bila dah pandai buat apam balik ni..tak payahlah lagi beli kat pasar tani atau pun pasar malam...lagi best buat sendiri. Boleh bubuh inti banyak-banyak....kalau nak buat apam balik ni...se elok-eloknya gunakan kuali tak melekat....barulah lawa sikit kulit dia. Yang empunya resepi ni Ms Oreo...terima kasih ye sudi bagi resepi ni....


Bahan-bahan (boleh dapat 3 keping yang tebal)

1. 2 cawan tepung gandum

2. ½ cawan gula

3. 1 sudu teh soda bicarbonate
4. 1 sudu teh baking powder

5. Sedikit pewarna kuning

6. 1 biji telur

7. 1½ cawan air
8. Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur : 1. Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
2. Jagung dalam tin.

3. Gula halus
4. Marjerin



Cara-cara
  • Gunakan mixer ..pukul telur dan gula sehingga kembang.

  • Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

  • Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum.

  • Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

  • Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.

Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan bahan tabur diatas.Akak punya yang ni....

Yang ni anak-anak punya..

Apabila cukup masak, angkat dan lipat dua sebelum di potong. Mudahkan cara membuatnya..cubalah....

Friday 13 April 2012

Ikan Keras Ekor Demam

aka ikan keras ekor sumbat belakang...


Duk sini diam-diam yer...
cam baby kena bedung kan?

resepi sama jer cuma kalu ni aku dapat petua agar segala sambal bawangnya tidak keluar!.
Petua tuh ialah: bungkus ikan dengan daun pandan.